Friday, 20 December 2013

hukum bersanding dan adat merenjis

Hukum Bersanding :

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat / mahram ) , ia diharuskan . Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak .Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai .

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai suami isteri . Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari .Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan .Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding adkah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain .

Budaya bersanding di malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat india . Sekiranya masyarakat melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat tidak bercanggah dengan syariat islam .
Justeru , apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja .

Adat merenjis :

Jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menhindari pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus , ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat hindu . Ia adalah diharamkan .Sabda Rasulullah S.A.W , maksudnya " sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka " . (hadis sahih riwayat abu dawud )


Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-imam ahmad , ibn umar r.a juga berkata behawa rasulullah SAWbersabda  "aku diutuskan dengan pedang menjelang hari kiamat , sehingga (orang-orang bukan islam) menyembah allah yang satu , tidak ada sekutu bagi-NYA , dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku . Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka " . ( MUSNAD AHMAD )

Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan islam kepada islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari islam .Nmaun begitu , jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain , maka ia diharuskan .


hukum pakai bulu mata palsu dan mascara



Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakai rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.”
( SHAHIH AL-BUKHARI, no: 5934 )

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah...

hukum memakai inai bagi lelaki dan wanita



HUKUM MEMAKAI INAI BAGI WANITA

 Menurut ulamak mazhab maliki dan syafi'ei , wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan . Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa .

wanita yang tidak bersuami , ulamak mazhab maliki berpendapat harus , manakala ulamak mazhab syafi'ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain .

walaubagaimanapun , wanita yang hendak berihram haji atau umrah sisunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak .

selain memakai inai di tangan , iaitu dari hujung jari ke pergelangan , wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami .

HUKUM MEMAKAI INAI BAGI LELAKI

fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita . Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w bermaksud :

"ALLAH LAKNAT LELAKI YANG MENYERUPAI ATAU MENIRU WANITA DAN WANITA MENYERUPAI ATAU MENIRU LELAKI " .


Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini :

1)"adapun menginaikan dua tangandan dua kaki , maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat hadis-hadis yang masyhur mengenainya . Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berupat dan sebagainya .." IMAM AN-NABAWI DI DALAM KITAB AL MAJMUK"

2)"Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali keran ada keperluan untuk berbuat demikian , tetapi harus bagi wanita .. " AL-FATAWAH AL-HINDIYYAH . Dinyatakan di dalam fatwah tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki .Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi .

3)"Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki , maka disunatkan wanita diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat .. "AUN AL-MA'BUD SYARH SUNAN ABU DAUD .

-->Kesimpulannya , inai adalah perhiasan wanita . Hukum memakainya adalah harus , sunat dan dalam keadaan tertentu makruh , iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab syafi'ei .Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya .Justeru , adat lelaki memaikai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran islam dan mesti dihentikan ..



Monday, 9 December 2013

aku .. hanya aku

Aku cuma gadis biasa ,perwatakan aku ,pemakaian aku , belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati . tapi ALLAH itu maha penyayang , tidak d'biarkan seorang seperti aku terus hanyut dan lalau melupaiNYA ... aku bukan tidak solat tapi terkadang lalai . aku bukan tidak puasa cuma mulutku masih rancak mengumpat . aku beragama islam tapi aku sedar islamku belum cukup sempurna seadanya . suatu hari hatiku rebah seketika , aku tiada tempat untuk mengadu kerana aku merasa aku sendirian .. selera makanku putus , mengukir senyuman terasa mustahil .. aku yakin ini ujian terberat dalam hidupku , aku mencari penawar untuk hatiku .. akhirnya , aku menjumpai penawarnya ... aku terjumpa AL-INSYIRAH ,bait2 AL-INSYIRAH cukup menekankan kalbuku ... alhamdulillah , ALLAH sedarkan aku dgn menghantar ujian buatku ... :')





: " jika gembira hati ini , semua datang darinya .. jika berat hati ini , kepada dia
jugaklah tempat aku mengadu ... ameennn :") " 

hah,hati exited untuk buat persiapan kawin ... dupDAP dupDAP  gitu ....byk pulak pesiapan yg belum siap lagi ... persiapan luaran ...persiapan dalaman (hehehehe) .... aduhaiiii , xpe2 kawin punya pasal kan2 ... bak kata orang "kawin sekali seumur hidup .... " :)

hah,pasal baju kawin .... da look around da,byk pulak yg berkenan dihati ..... kat bawah ni contoh baju nikah and kawin nanti , ingat nak dsign sendiri nanti .... jengjengjeng !!!! :


                                             :(baju kawin)suka warna ang dsign baju ni ..nmpak ala2 sweet gitu kan2 ... :)

  
:(baju nikah) suka btl dsign baju ni,nmpak selesa !!!!


 : pape pun hope semuanya bejalan lancar nanti !!! insyaallah,and permudah kan segala urusan ...ameennn .. :)