Friday, 20 December 2013

hukum memakai inai bagi lelaki dan wanita



HUKUM MEMAKAI INAI BAGI WANITA

 Menurut ulamak mazhab maliki dan syafi'ei , wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan . Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa .

wanita yang tidak bersuami , ulamak mazhab maliki berpendapat harus , manakala ulamak mazhab syafi'ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain .

walaubagaimanapun , wanita yang hendak berihram haji atau umrah sisunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak .

selain memakai inai di tangan , iaitu dari hujung jari ke pergelangan , wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami .

HUKUM MEMAKAI INAI BAGI LELAKI

fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita . Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w bermaksud :

"ALLAH LAKNAT LELAKI YANG MENYERUPAI ATAU MENIRU WANITA DAN WANITA MENYERUPAI ATAU MENIRU LELAKI " .


Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini :

1)"adapun menginaikan dua tangandan dua kaki , maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat hadis-hadis yang masyhur mengenainya . Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berupat dan sebagainya .." IMAM AN-NABAWI DI DALAM KITAB AL MAJMUK"

2)"Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali keran ada keperluan untuk berbuat demikian , tetapi harus bagi wanita .. " AL-FATAWAH AL-HINDIYYAH . Dinyatakan di dalam fatwah tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki .Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi .

3)"Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki , maka disunatkan wanita diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat .. "AUN AL-MA'BUD SYARH SUNAN ABU DAUD .

-->Kesimpulannya , inai adalah perhiasan wanita . Hukum memakainya adalah harus , sunat dan dalam keadaan tertentu makruh , iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab syafi'ei .Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya .Justeru , adat lelaki memaikai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran islam dan mesti dihentikan ..



No comments:

Post a Comment